Monday, 24 August 2020

Insta-worthy spot di Perlis



1) Ladang bunga matahari, Taman Ular dan Reptilia Perlis

 

    


2) Kangar Street Art



3) Matrik Arau

4) Warung Tepi Sawah, Bintong

2019

2020

5) Ngulang

Day trip to Macau from Hong Kong

Dah alang- alang becuti ke Hong Kong, x lengkap rasanya perjalanan kalau x melawat Macau. i pegi Macau day trip je naik bot dari Hong Kong (Cotai Jet). Pagi2 lagi dah bergegas keluar dari hotel around 6.15am takut terlepas bot. Actually ada banyak time untuk naik bot ke Macau, tapi disebabkan we oll beli tiket bot last minute, pukul 7pagi je yang tinggal terpaksalah naik bot paling awal sekali. Moral of the story, jangan buat keja last minute okay.. πŸ˜‚Perjalanan dari Hong Kong ke Macau mengambil masa selama 1 jam. x perlukan visa untuk ke Macau. i sempat melawat 3 tempat di Macau which is i paling nak sangat pegi. Alhamdulillah dalam masa 6 jam i sempat cover ketiga-tiga tempat ni.Ada hikmah juga ye naik bot paling awal.. orang pun xramai lagi. tiga tempat yg i nak pegi sangat tu termasuklah The Venetian, The Parisian dan Macau Fisherman Wharf. Dalam pukul 6pm naik bot balik ke HK.
Shuttle Bas 
Sampai Macau x perlu risau tentang transport. Keluar je jeti Macau, banyak shuttle bas betul2 tunggu kat luar. Pilih je nak naik bas apa. U oll akan rasa happy gila sampai macau sebab boleh naik bas secara percuma! i ulang percuma!!
Ni contoh bas free yg i naik tu.. warna pink untuk ke Parisian Macau, warna biru untuk ke The Venetian. senang kan.. pegi beratur je pastu boleh naik bas free. dah la cantik macau, boleh naik bas free lagi. Untung sapa yg pegi Macau. 

1) The Venetian macau
Fefeling macam dekat venice.   

* The venetian ni ialah casino yg bergabung sekali dgn mall & hotel. Siap ada sungai lagi dalam mall..Korang boleh bayang kan mcm mana besar gila The venetian. Acah-acah macam dekat Venice gittew. Mewah, cantik dan bersih gila sini ... sampai ke tandas pon I x habis teruja. Tandas dalam the venetian tema gold.
* Kalau datang sini, korang boleh try naik gondola. Tiket naik gondola ni i just beli dekat shopee. Harganya RM50. I beli kat shopee sbb i compare harga dgn Klook, dekat shopee murah sikit. Of course lah i pilih yg paling murah. Buatlah pilihan yg tepat dah berhemat πŸ˜‚ Kalau beli kat shopee, nanti dea akan email voucher. Ada 2 kedai yg boleh redeem voucher tu. detail kedai untuk redemm voucher tu ada dinyatakan dalam voucher.Senang je nak redeem. Pegi kaunter then just tunjuk je voucher ni.
Ni voucher untuk naik gondola.

2) The Parisian Macau
* The Parisian ni bersebelahan je dengan The venetian. Kalau dari The Venetian, boleh jalan kaki dah sampai.
* Nak pegi Paris belum tentu lagi bila kan, boleh sampai sini dulu pun jadi lah. Harap2 next time ada rezeki pegi Paris. Aminn... doakan i yerr

3) Macau Fisherman Wharf
* Sapa peminat running man angkat tangan ??? Runningman penah shoot kat sini taw. Untuk ke sini i naik shuttle van ajer.. jimat kan pegi Macau. View kat sini ala2 dekat rome, italy.
Ni antara tempat- tempat menarik di Macau yang i x sempat nak pegi.
1) Senado Square
2) Macau Tower
3)Ruins of St Paul`s
4) Macau Science Centre
5) Muzium Macau


Osaka & Kyoto, Japan : Iternari 6hari 5malam

Day 1 (Tiba di Kansai International Airport)

tiba di Kansai International Airport dalam pukul 10.30 malam. Kami menginap di hotel berdekatan airport.

Day 2 (23/1/2018)

1) Jalan-jalan ke Rinku town/ Rinku premium outlet.


2) Dah puas pusing rinku town, kami naik train ke osaka. check in air bnb dan rehat. letih belum hilang lagi. malam baru keluar dan pusing2 Dontoburi.
Kat Dontoburi ni boleh beli takoyaki,, sedapp. kat sini ramaii gila manusia.

Dontoburi night view

            

Day 3 (USJ)

Seharian di Universal Studio Japan. tiket masuk ke USJ around RM260 (kami beli di kaunter) sebab xsure lagi nak masuk ke tak. tak rugi masuk sini. 

              
wizarding world of harry potter. best!!!

Day 4 (Biwako valley, Otsu)

- misi mencari salji di Biwako valley. harini perjalanan jauh sikit nak main salji. alang2 pegi masa winter, wajib merasa main salji. perjalanan lebih kurang 2 jam dari osaka. 
winter in japan πŸ‡―πŸ‡΅ 

           

Day 5 (Kyoto)

1) Fushimi Inari Taisha
Fushimi Inari Taisha merupakan antara tempat suci yang terkenal di Jepun. tempat ni sering mendapat kunjungan kerana himpunan beribu kayu-kayu bewarna oren atau lebih dikenali sebagai tori di sepanjang jalan ke Gunung Inari. Selain dari pemandangan yg cantik, free untuk dilawati.


2) Gion
Kawasan terkenal di Kyoto dengan pelbagai kedai makanan, souvenirs dan tempat ideal untuk cari geisha!
Gion menarik perhatian pengunjung dengan keunikan banggunan yg diperbuat daripada kayu.

3) Arashiyama Bamboo Forest.
Ni nak cita sedih sikit... xsempat pi pun arashiyama sebab letih jalan kat gion,,, sobs2.. 

Day 6 (Osaka Castle)


Day 7 (Flight to KUL)


Sunday, 23 August 2020

Pengalaman Bersalin di Andorra

Pengalaman bersalin di Andorra Women & Child Hospital

13 jun 2020 adalah tarikh bersejarah dalam hidup aku, tarikh aku melahirkan seorang zuriat. Actually, tarikh ni ada appoinment dengan Dr. Rusina Hayati di Andorra Hospital. Jam 2.30pm aku gerak ke hospital untuk check-up 38 week. nak dijadikan cerita , masa check-up tu dr try seluk untuk check bukaan. masa tu aku xrasa apa2 tanda nak beranak. sekali dah 4cm.. Dr cakap lepasni terus jumpa kat labor room ya. Disebabkan dunia dilanda wabak Covid-19, aku kena buat test covid sebelum masuk labor room. husband pun kena sekali kalau nak teman masa bersalin. kami dengan redha sama2 buat swab covid-19. Cos untuk buat swab ni around rm700++. nanti aku akan buat total cost di next entry. lepas settle swab, terus nurse tolak ke labor room dengan xprepare apa2, beg hospital pun xbawa. menyesal pulak xdengar cakap kawan letak siap2 beg hospital dalam keta. menyesal dah xda guna.. huhu

Dalam pukul 5.40pm aku dah masuk LR. masa ni xrasa sakit lagi, boleh gelak2 dengan nurse. Dorang tanya nak ambil painkiller @ epidural tak.. aku cakap xnak.. ye la, belum rasa sakit kan πŸ˜‚ bila dah sejam dalam lr, bukaan masih 4cm. jadi dr suruh nurse masukkan air. air apa ntah, lebih kurang mcm induce kot. air tu cucuk dekat tangan. Dr anggar masa untuk aku besalin dalam 6 jam lagi. lama lagi tuu... so, husband tanya kalau nak balik ambil barang kejap sempat tak.. dr cakap sempat... 6 jam lagi.. haha..so, husband bergegas balik ambil barang. masa tu dalam pukul 6.40pm. masa husband balik ambil barang kan, dan2 je sakit contraction tu datang.. makin lama makin sakit. terus whatsapp husband cepat2 datang sini balik.. dah sakit ni!! tengah sakit tu sempat lagi aku tanya nurse, dinner ada tak? dorang cakap ada, kejap lagi makanan sampai.. pukul 7.30 makanan sampai dalam lr. dan setengah jam sakit husband still xsampai- sampai lagi ni, nasib nurse datang melayan aku, pegang tangan dan bacakan doa nabi yunus . terharu pun ada time ni. lega sikit rasanya.dalam pukul 8.10pm baru la husband sampai lr. husband cakap dia solat maghrib dulu baru bergegas dtg kat aku.. so aku okay je nasib belum beranak lagi... kalau tidak setahun la merajuk.. πŸ˜†

ermm.. sedapnya, tapi aku x habiskan pun sebab menahan sakit contraction.
dinner kat LR sedap, tapi  xboleh habiskan sebab melayan contraction.

                                      

nurse dan husband baca surah yasin.

masa tengah sakit sangat nurse datang baca yasin. Rasa bahagia walaupun sakit, nurse sentiasa ada waktu aku memerlukan. buku yasin dan doa2 dah siap disediakan dalam lr. rasa tenang sangat. around jam 8.30pm bukaan dah 9cm, dr & nurse terus sibuk untuk preparation sambut baby. sikit lagi nak jumpa baby. yeayy 😍 bila contraction datang dr suruh push. ni first pengalaman bersalin, x pandai lagi nak push.. setengah jam jugak aq push push. mula2 tu push pendek, dr kata dah nampak kepala, tapi masuk balik.. aduhh stressnya. last sekali aq push sekuat hati dan push paling panjang, baby berjaya keluar. alhamdulillah legaaa rasanya. 9.06pm lahirlah seorang anak yang diberi nama Talhah Bin Syamim anas dengan berat 2.63kg. Lepas bersihkan baby, nurse bagi husband untuk tahnik dan azankan. kurma dan air zamzam dah disediakan oleh pihak hospital untuk tahnik. Doa2 yang berkaitan juga ditampal kat dinding, senang untuk husband rujuk. pukul 5.40pm masuk lr, 9.06pm baby keluar. So dalam 3 jam++ aku dalam labor. nasib x sampai 6 jam yer. Bukan senang nak kena kangkang lama2 . nasib semua perempuan dalam lr tu.. husband aku je lelaki. ni salah satu sebab aku nak sangat bersalin kat andorra. 

my room

dah settle semua kat labor room terus masuk wad. yeayy.. masa yg di tunggu2 nak rehat dalam bilik πŸ˜ƒ . aku lupa nak ambil gambar dalam bilik n toilet sebab badan dah lemah baru lepas beranak kan.. husband pula jenis kalau xsuruh xreti nak ambil gambar. malam tu aku xboleh tidur sebab terlalu happy.. detik yang aku tunggu selama ni untuk bergelar seorang ibu. dalam bilik ada netflix, boleh layan cita korea. semua kelengkapan dah tersedia dari A to Z. toiletries n tuala boleh bawa balik. baby dok kat nursery.. semua nurse yg urus baby dan maknya.

esok pagi nurse datang tanya nak mandi pukul berapa, aku cakap lepas breakfast baru nak mandi. breakfast aq xdapat pilih, maybe sbb masuk wad dah malam kan. menu yang sampai bubur ayam. x berapa kena dengan selera. masa breakfast boleh pilih siap2 menu untuk lunch. dah siap breakfast nurse datang untuk mandikan.. huhu, malu pun ada, tapi aq redha ja dimandikan.. hehe. lepas siap mandi dia sapu minyak panas kat badan. rasa selesa sangat. aku tunggu jugak ada orang datang urut ke tak.. xde pun.. aku pun lupa nak tanya. actually aku ada terbaca review ada nurse datang urut. pengalaman aku xder... lepas dah siap sapu minyak panas, dr baby datang melawat. then, nurse fisio pulak datang untuk ajar senaman kagel. lepas ajar senaman kagel, dia bawa pusing koridor 1round. masa ni jalan slow dan kepit2. dah setel dengan nurse fisio, dr Rusina (Dr yg sambut baby) datang melawat dan check jahitan. Lebih kurang jam 12.30pm makanan sampai... makanan nampak special dan sedap. 


lunch πŸ₯— 🍴 

lepas lunch santai2 atas katil sambil update story kat instagram. πŸ˜‰Nurse datang minta bedung dan baju baby. Kalau besalin kat andorra, xperlu bawa banyak baju. Baju baby pun guna masa nak balik je. dalam pukul 2.30pm husband settlekan payment. dalam pukul 3pm dah kemas barang2 untuk balik. sedihnyaaa... rasa xready lagi nak balik.. kalau nak tambah stay lagi 1malam boleh, tapi harga rm900++ xmampu lahaii.. baik beli tiket pi obersea kan.. herher...

dah siap nak balik rumah, 2orang nurse hantar sampai masuk kereta. sorang tolak wheelchair, sorang lagi jaga baby. barang letak kat troli yg macam hotel tu. husband boleh la melenggang kangkung gittew. last but not least, dapat goodies dari andorra. beg warna biru besar yang cantik yang sarat dengan freegift termasuklah pampers, mandian baby, wet tissue dan susu formula (frisolac) . Eh, hampir terlupa dapat fresh flower juga dari andorra, freash flower tu bertahan lebih seminggu x layu. πŸ’• .

freegift from andorra

that's all pengalaman terindah aku bersalin di Andorra. sekejap je masa berlalu. xpuas rasanya pengalaman sekejap kat sini. overall aku puas hati sangat dengan layanan kat sini. paling aq suka nurse2 dekat labor room. hopefully next time dapat bersalin sini lagi. doakan keluarga aku dimurahkan rezeki.








cara untuk cepatkan bukaan rahim dan elak overdue

Tips untuk cepatkan bukaan rahim dan elak dari overdue 

pengalaman mengandung kali pertama, rasa teruja sangat nak lahirkan baby. bila usia kandungan dah masuk 37week aku ternanti- nanti hari bahagia untuk bersalin. tahun 2020 ni, ramai pula kawan2 dan sepupu2 yang sama-sama mengandung. ada yang baby pkp πŸ˜†  yeay...banyak la geng anak aku nanti. bila ada kawan- kawan yg bersalin awal dari due date, terdetik perasaan cemburu dalam diri ni.. haha .. xsabar sangat tunggu masa nak bersalin. ada juga kawan2 aku yg overdue. seboleh - bolehnya aku xnak xnak overdue !!! so, untuk elakkan dari overdue, aku banyak cari tips-tips untuk cepatkan bukaan bersalin and sekaligus cara untuk senang baby keluar.. Alhamdulillah, aku selamat lahirkan bayi yang sempurna pada 13 jun 2020 (38week pregnancy) secara normal. Rezeki paling berharga pada tahun 2020. Ni antara amalan yg aku praktis menjelang 37weeks pregnancy  🀰:

1. Banyakkan berjalan 

- dari usia kandungan 35weeks lagi hari-hari aku tawaf dalam rumah. around 50 pusingan sehari aku tawaf. rasa sihat bila banyak berjalan.

2. Mencangkung

- bila kandungan dah 37 weeks aku banyak duduk mencangkung. time tengok tv, lipat baju pun aku mencangkung dalam 5min macamtu sampai suami pun tegur.. hehe.. aku cakap nak bagi senang beranak ni bie.

3. Bersama suami

- rajin2 lah bercinta dengan husband bila dah nak dekat due ye.. banyak manfaatnye. selain dapat mengeratkan silaturahim suami isteri, hubungan seks memang terbukti dapat cepatkan bukaan bersalin. Dr pun cakap seks dapat cepatkan tanda-tanda bersalin. lagipun, nanti kena pantang lama lepas bersalin. 

4. Makan makanan pedas

-makanan pedas ni dah memang sebati dengan diri aku . kalau aku masak wajib pedas. aku dapat tips ni dari video2 youtube omputey. most of youtuber omputey mesti bagi tips ni. memandangkan aku memang suka makan makanan pedas, so aku continue ja routine makan pedas macam biasa πŸ‘ .

5. Exercise 

- disebabkan aku ni fulltime housewife, jadi aku ada banyak masa untuk exercise kat rumah. aq follow video dari youtube. 

6. Naik turun tangga

- walaupun aku duk apartmen, tips ni sekali ja aku buat. hari yang aku naik turun tangga, hari tu jugak aku beranak πŸ˜ƒ 

lagi tips tapi aku x buat :

7. Merangsang puting payudara 

8. Makan nenas

9. Minum teh raspberry.

10. Senaman bola yoga - ni teringin nak buat tapi bola xdak. mungkin next pregnancy aq merap husband belikan πŸ˜‚ .

Insta-worthy spot di Perlis

1) Ladang bunga matahari, Taman Ular dan Reptilia Perlis        2) Kangar Street Art   3) Matrik Arau 4) Warung Tepi Sawah, Bintong 2019 202...