Friday, 9 August 2019

PHUKET 3HARI 2MALAM (TRIP SANTAI)


Sawadikapp =)
Sempena 2nd Anniversary my hubby & i explore Phuket naik moto. Best ronda2 kena angin laut… lepastu balik Mesia terus burn ><. We oll pegi 3h2m (28.06.2019 – 30.06.2019). Selalu org pegi Phuket main aktiviti laut, pegi island hoping dll.. tapi kami x main lansung aktiviti laut @ pegi island hoping. Antara sebabnya x cukup masa and currency Thailand dah mahal gilerr.. we oll pegi trip ni pun time weekend je.. pegi jumaat malam, balik ahad malam. So, ni kira trip santai2 tenangkan diri, rehatkan minda and enjoy the view. Makanan mcm mana??? makanan Thai x payah citer lah… memang terbaik ! So, i nak share trip redah i ke Phuket.
KOS :
  1. Return Flight (AA) : RM 280 (xbeli luggage)
  2. Hotel (Clover Phuket Patong) : RM 640 **RM320/person
  3. Sewa Moto (300THB x 2day ) : RM 80 **RM40/person
  4. simcard/internet (200THB) : RM 26.74 **RM13.40/person
  5. Minivan airpot – hotel (180TBH X 2return) : RM 48
  6. Duit makan (RM500/couple) : RM 250/person
Total = RM 951.40

HOTEL

We oll stay di Hotel Clover Phuket Phatong.. kalau ada bajet lebih skit i recommend hotel ni… Katil besar dan selesa. 200m je jalan kaki ke Patong beach, dekat dengan Patong walking street. Disebabkan 1st day kat sana sampai malam, so we oll ambil bilik rate yang paling murah sekali around RM 210. Next day ambil bilik mahal sikit yg ada jacuzzi RM430 lebih kurang. Sama je keluasan bilik yg murah & mahal… cuma bezanya yg mahal tu ada jacuzzi.

Ni bilik yg ada jacuzzi.

Iternari & Kos

Day 1

6.20 PM : KUL – PHU
6.50 PM : Arrive Phuket =)
  • sampai je Airport phuket, terus beli simcard. Keluar dari immigration, jalan depan sikit akan jumpa beberapa kaunter untuk beli simcard. Bayar 200Bath, bagi phone je depa tlg aktifkan data.
  • Dah settle internet, keluar dari pintu airport ada booth2 kat luar jual tiket minivan dan teksi utk ke patong/phukettown/karon. Harga minivan utk ke patong 180TBH. Dia hantar terus ke Hotel yg kita stay.
  • malam pertama jalan2 di Patong Walking Street. Pegi 7e beli siap2 breakfast esok.

Day 2

10.00 AM : Check out, tukar Bilik.
11.30 AM : Jalan dari hotel ke tempat sewa moto `Cheap as Chips`

otw nak ke tempat sewa moto
  • perjalanan lebih kurang 1km.. dalam 15 mint jalan slow2 sambil layan view Phatong Beach… sambil2 jalan tu singgah beli air kelapa.
  • harga moto/scooter bergantung kpd jenis dan cc.. kecik ada, besar ada… paling murah harga 250THB. i x pandai sangat bab moto ni.. my husband ambil yang harga 300TBH/day.
12.30 PM : Lunch (Pantai Seaview Halal Restaurant Phuket)

macam ni kitorang makan lebih kurang 700TBH

view pantai
1.30 PM : Ronda2 Patong beach.
3.30 PM : Gerak ke Karon View Point . dalam 25min lebih kurang. dalam perjalanan akan merentasi 3 pantai. Patong Beach – Karon Beach – Kata Beach.

karon view point.

singgah karon beach dalam perjalanan balik
6.00 PM : Layan sunset di Patong Beach

7.00 PM : Dinner (makan kueyteow sup thai kedai tepi jalan. sorry x ingat nama kedai)
8.00 PM : Patong Walking Street/ Bangla walking street. Sebelum balik hotel beli roti dan susu untuk breakfast.

Day 3

12.00 PM : Checkout. Tinggal beg kat hotel.
12.30 PM : Lunch dekat Pantai Seaview Halal Restaurant Again !

macam ni we oll makan lebih kurang 500THB.
2.00 PM : Lepak Kedai tepi Patong Beach, minum air kelapa.

Kelapa sebiji TBH50
3.00 PM : Gerak ke Big Buddha, Phuket. (perjalanan dalam 35min naik moto)

panas lit2

5.00 PM : Hantar moto.
  • sambil jalan2 ke hotel beli pulut ayam dan air teh tepi jalan… pulut ayam TBH35 satu set dalam RM5. Air teh TBH30.
6.00 PM : Minivan pickup di Hotel
6.15 PM : Gerak ke Airport.
7.15 PM : Tiba di Airport.
Nota :
  • we oll cuma makan mahal sekali sehari. time lunch. So Lunch around RM70-RM90 utk 2 orang. Breakfast beli siap2 kat 7e… so, jimat di situ. Dinner makan kat kedai tepi jalan… jadi bajet cuma dalam TBH15 (RM20).
  • boleh dapat return flight lagi murah. haritu kitorang terlepas masa air asia tgh buat promo free seat. sedehhh.
  • shopping ? we oll bukan jenis pegi travel untuk shopping. I cuma beli baju couple harga TBH500 utk dua pasang. sepasang TBH250. Ole2 i cuma beli Fridge magnet yg set harga TBH100.

No comments:

Post a Comment

Insta-worthy spot di Perlis

1) Ladang bunga matahari, Taman Ular dan Reptilia Perlis        2) Kangar Street Art   3) Matrik Arau 4) Warung Tepi Sawah, Bintong 2019 202...