Friday, 9 August 2019

ITERNARI DAN BAJET SEOUL (6HARI 5 MALAM) BELOW RM2K !!


Annyeong !
Hi guys…my husband & i ke Seoul pada 18- 23 March yang lalu. Masa ni masih lagi winter. So memang sejuk la bak hang!!xpuas rasanya 6 hari jek.. kena stay sebulan baru puas hati kot.. Nak cari makanan halal alhamdulillah senang ja kat seoul. We oll naik subway dan bas sepanjang kat sana. Okay, sini i nak share Iternary dan bajet sepanjang di Seoul selama 6hari 5malam. Harap dapat membantu u oll yang tengah plan nak ke Seoul tanpa travel agency.

Total Kos (sebelum ke Seoul)

  1. Return Flight (Air Asia) – RM 800 (inc meal)
  2. Hotel (Icon Hotel) – RM 630 *RM315/person
  3. Pocket Wifi (Klook) – RM 54 *RM27/person
  4. Nami Island + Petite France (Klook) – RM 120 (inc bas &tiket masuk)
  5. Everland (1 day Pass) – RM 105
  6. Shuttle Bus Everland (Klook) – RM 40

TOTAL COST = RM 1407.00

ITERNARI 6 HARI 5 MALAM

Day 1 

2.45 PM : KUL – ICN
9.50 PM : tiba di Inchion Airport.
  • (sampai je airport beli T-money, cari kaunter untuk ambil pocket wifi)
10.30 PM : Naik shuttle to Hotel Air Relax, Inchion.
  • (Hotel ni sediakan free shuttle. aq just pegi kaunter tourist information n tunjukkan detail booking hotel dari agoda. Customer service terus call hotel utk dtg pickup kat airport. mudah dan cepat)
Kos Day 1.
  • T -money – top up KRW 50,000. (kad T-money dapat free ada couple dari Indonesia bagi)
  • topup 50 k ni pun dah lebih dari cukup.. sebab tambang subway murah dan bila ke tempat jauh kitorang dah book bas kat klook. beli air mineral n susu banana yg femes tu kitorang guna t-money.

Day 2 (Gyeongbokgung Palace & Namsan Tower)



9.30 AM : gerak ke Ueso Station (5min jalan dari hotel)
10.30 AM : Check-in Icon Hotel. (7min dari Anguk Station)
11.30 AM : Gyeongbokgung Palace
1.30 PM : Myeongdong. Lunch di Retoran Kampungku.
  • (kat restoran ni ada surau. Jamak siap2 kat sini)
3.00 PM : Naik bas ke Namsan Tower.
7.00 PM : Myeongdong.
  • Dinner street food dan window shopping di myeongdong Night Market.
antara my fav
Kos Day 2
  • Sewa Hanbook – KRW 10,000
  • Lunch – KRW 18,000 *KRW 9,000/person
  • Bas dari Myeongdong ke Namsan Tower – guna T-money
  • Dinner street food – KRW 7, 500 *KRW 7,500/person
Total : KRW 26,500 = RM 95

Day 3 (Petite France & Nami Island)

bot to nami island
8.00 AM : Naik bas ke Petite France (1 hour ++)
9.15 AM : Petite France
10.40 AM : Gerak ke Nami Island (20min++)
3.30 PM : Nami Island – Myeongdong (2hour)
5.30 PM : Jalan2 Myeongdong
7.30 PM : Dinner * Busan Jib
9.00 PM : Balik hotel.
Kos Day 3
Ambil Pakej 1 day trip Petite France + Nami Island dekat Klook
Lunch kat Asian Cuisine, Nami Island – KRW 21,000 *KRW 10,500/person
Dinner kat Busan Jib – KRW 16,000 *KRW 8,000/person
Total : KRW 18, = RM 66.50

Day 4 (Everland)

Tulip festival di Everland
8.00 AM : Breakfast kat hotel. Jimat !
9.40 AM : Naik bas dari Myeongdong ke Everland !.
*perjalanan 45min ja naik bas. (tunggu kat Myeongdong station, Exit 2)
Kos Day 4
  • Tiket Everland dan shutter bas beli kat Klook
  • churros – KRW 3,000
  • Dinner – KRW 12000 *KRW 6000/person
Total : KRW 9,000 = RM 32.40

Day 5 (Itaewon & Gangnam)

Kpop Star Road
9.00 AM : Breakfast kat Hotel
10.30 AM : Namdaenum Market (beli ole2)
12.30 PM: Gerak ke Itaewon.
  • Lunch dan solat di Seoul Centre Mosque
2.40 PM : Gerak ke KPOP Star Road (Apgujeong Rodeo Station, Exit 2)
3.40 PM : Gerak ke Starfield Coex Mall (Samseong Station – Exit 5)
  • melawat Starfield Library dan ambil gambar kat Oppa Gangnam Style statue
6.00 PM : Gerak ke Restoran Yang Good Korean BBQ. (Yeoksam Station , Exit 6)
8.30 PM : Gerak Balik Hotel

Kos Day 5

  • Lunch – KRW 18,000 *KRW 9,000/person
  • Dinner – KRW 15,000 *KRW 7,500/person
Total : KRW 16,500 =RM 59.30

Day 6

9.00 AM : Breakfast kat Hotel
11.00 AM : Check- out
12.00 PM : Gerak ke Inchion Airport.
1.15 PM : Tiba di Inchion Airport. * kat inchion airport ada satu restoran halal. Kervan nama dia. So, xda la kena berlapar masa tggu flight.

Kos Day 5

  • Lunch – KRW 21,000 = RM 75.50 *RM RM37.80/person

TOTAL COST DI SEOUL : RM 470.80

*** Kos Sebelum ke Korea (RM 1407) + Kos Semasa di Seoul (RM470.80)

**GRAND TOTAL = RM 1, 877.80

okay… thats all .. Next, i akan story2 lebih detail tentang perjalanan, kedai makan halal dan pengalaman sepanjang bercuti di Seoul. Stay tune !









No comments:

Post a Comment

Insta-worthy spot di Perlis

1) Ladang bunga matahari, Taman Ular dan Reptilia Perlis        2) Kangar Street Art   3) Matrik Arau 4) Warung Tepi Sawah, Bintong 2019 202...