Sunday, 16 February 2020

Check-up Kali Pertama di Andorra Woman & Child Hospital

Assalamualikum wbt...
Sebelum pregnan lagi i dah berkenan sangat dengan Andorra Hospital.. dari luaran lagi dah cantik. I selalu pi makan n shopping kat IOI City Putrajaya, so setiap kali nak pi IOI mesti akan lalu depan Andorra Hospital . Setiap kali nampak Andorra i rasa macam wahhh... Andorra Hospital, nak besalin sini lah. Awal2 lagi I memang berangan and pasang niat untuk bersalin di Andorra. Kalau Hospital swasta, Andorra paling dekat dengan rumah I. Lagipun I selalu terbaca review pasal Andorra Hospital. Banyak review yang bagus pasal hospital ni antaranya semua Dr dan staff perempuan, layanan 5star and Hospital sangat cantik ala2 english style.
Alhamdulillah pada Oktober 2019 , I disahkan mengandung !! perasaan terharu, happy, bersyukur , sedih dan excited semua ada. Almaklumlah, dah 2 tahun mendirikan rumah tangga.. konon awal2 kawin nak honeymoon puas2 dulu. Last2 jadi dua tahun honeymoon. So, utk pasangan yg baru mendirikan masjid i nasihatkan jangan pandai2 plan . Anak 1st ikut rezeki, risau nanti nak plan setaun, jadi bertahun2 baru ada rezeki anak. Bila dah lebih setahun x pregnan lagi biasalah ada pakcik n makcik bawang yg menyibuk.. abaikan je pakcik macik bawang tu.. kita sebagai hamba Allah perlu berdoa supaya Allah kurniakan rezeki.
Berbalik dengan tajuk, 2 minggu sebelum book tarikh appoinment, I call dulu hospital dan terus set date. Dalam pertanyan dalam phone, I difahamkan untuk dapatkan pakej bersalin di Andorra, perlu checkup at least 2x dan perlu buat pembayaran booking sebanyak RM 1,000. Boleh bayar 2x iaitu setiap checkup RM500 @ kalau mampu bayar je Rm1000. I pilih tarikh 10 Feb 2020 (hari isnin) utuk my 1st checkup. Masa tu kandungan I dalam 20 week 6 days. So dea akan tnya nak doktor mana?? I cuma kenal Dr khamsiah. So i cakap nak Dr Khamsiah. Why Dr Khamsiah?? sebab i pernah servey pengalaman org lain, ramai puji Dr Khamsiah, Wawa Zainal pun bersalin dengan Dr Khamsiah. Lagipun dea Founder Andorra Hospital. Selepas I cakap nak DR Khamsiah, dea cakap Dr Khamsiah cuma handle bersalin je, time checkup Dr lain. I pun cakap okay. and then dia bagitau klinik Dr Khamsiah paling ramai patient dan masa menunggu agak lama. So, I think wow famous nye Dr ni. I terus setuju.
Dua hari sebelum tarikh appoinment, pihak Andorra akan hantar mesej reminder. Sehari sebelum dia akan call lagi utk remind. Pada 10 Feb 2020, masa yg ditunggu- tunggu pun tiba... I punya semangat nak pegi checkup tu lain maciam... Almaklumlah anak 1st kan. Sampai je Andorra Hospital tu i rasa tenang dan teruja.. cantik sangat luar dan dalam.. seindah namanya, macam tu la keindahan hospital ni. Masuk je hospital i terus ke kaunter pendaftaran.. nak daftar kena bagi ic dan buku pink. Tapi kan... i xbawa buku pink... u ollz jangan jadi mcm i taw...hehehe. Ada satu form yg perlu diisi. Lepas dah settle semua, staff bawa naik tingkat 1. Suasana hospital sangat cantik. Ruang menunggu sangat selesa, surau pun ada disediakan. Memang terbaik lah Hospital nih.
Dah sampai aras 1, staff minta tunggu dulu. Lepas beberapa minit nama dipanggil utk check tekanan darah dan ujian air kencing. Dah settle semua kena tunggu utk dipanggil masuk ke bilik Dr. Boleh tahan lama jugak lah i tunggu nak jumpa Dr. dalam 1 jam gittew.. pukul 2.40 pm appoinment, pukul 3.40 pm baru dapat masuk bilik Dr. hahaha... nasib baik kerusi lembut selesa.. nak bersalin dengan Dr Khamsiah sangat kan.. hahaha
Bila nama dipanggil cepat je I bangun... x sabar nak tgok perkembangan baby. Seronoknya bila checkup dekat Hospital Swasta ni suami boleh sentiasa menemani disisi. Masa datang checkup ni I xtaw lagi Jantina baby. So bila Dr cakap nak scan , benda pertama I cakap dekat Dr, boleh tengok gender x? Dr cakap boleh, saya cuba. Bila Dr letak je scanner tu, cepat je masa berjalan.. Dr cakap Boy !! I tanya sekali lagi betul ke boy?? Dr cakap ye. Dalam hati Alhamdulillah.. bersyukur sangat. I terus panggil husband utk dtg record video. Dr cakap uri kat atas.
Sekejap je kat dalam bilik Dr tu.. sebab xpuas tengok baby kot.. hehe. Keluar dari bilik Dr, I terus ke kaunter di luar bilik Dr utk set next appoinment. I difahamkan, utk bersalin di Andorra, wajib buat detail scan. Detail scan boleh dibuat sama ada di Andorra @ mana klinik lain. Dorang pesan kalau nak buat Detail scan di klinik lain, perlu pastikan pakar scan tu betul2 bertauliah, jangan pegi yg ala kadar je. So, i decide utk buat kat luar je tengok mana2 klinik yg ada promosi.
Dah settle kat Aras1, pembayaran perlu di buat di kaunter pembayaran Aras G. Untuk 1st appoinment harga yg perlu dibayar sebanyakRM 332.75. I cakap dekat staff tu, saya nak bayar untuk book bersalin. Dea cakap lepas checkup yg kedua baru bayar RM 1,000 untuk booking bersalin. I rasa sedih sikit la sebab ingatkan nak terus book. tapi xpe lah... next checkup baru bayar booking. kiranya ni x official lagi lah kan untuk pakej bersalin di Andorra. kena dtg kali ke2 baru dapat booking.
Resit pembayaran
Detail harga.


Sebelum checkup di Andorra, i pegi check up bulanan dekat Klinik kesihatan aje .. free dan berpatutan.. hihi.. 2nd checkup di Andorra n book bersalin i akan story2 lagi okay.. stay tuned.

No comments:

Post a Comment

Insta-worthy spot di Perlis

1) Ladang bunga matahari, Taman Ular dan Reptilia Perlis        2) Kangar Street Art   3) Matrik Arau 4) Warung Tepi Sawah, Bintong 2019 202...