Monday, 24 August 2020

Insta-worthy spot di Perlis



1) Ladang bunga matahari, Taman Ular dan Reptilia Perlis

 

    


2) Kangar Street Art



3) Matrik Arau

4) Warung Tepi Sawah, Bintong

2019

2020

5) Ngulang

Day trip to Macau from Hong Kong

Dah alang- alang becuti ke Hong Kong, x lengkap rasanya perjalanan kalau x melawat Macau. i pegi Macau day trip je naik bot dari Hong Kong (Cotai Jet). Pagi2 lagi dah bergegas keluar dari hotel around 6.15am takut terlepas bot. Actually ada banyak time untuk naik bot ke Macau, tapi disebabkan we oll beli tiket bot last minute, pukul 7pagi je yang tinggal terpaksalah naik bot paling awal sekali. Moral of the story, jangan buat keja last minute okay.. 😂Perjalanan dari Hong Kong ke Macau mengambil masa selama 1 jam. x perlukan visa untuk ke Macau. i sempat melawat 3 tempat di Macau which is i paling nak sangat pegi. Alhamdulillah dalam masa 6 jam i sempat cover ketiga-tiga tempat ni.Ada hikmah juga ye naik bot paling awal.. orang pun xramai lagi. tiga tempat yg i nak pegi sangat tu termasuklah The Venetian, The Parisian dan Macau Fisherman Wharf. Dalam pukul 6pm naik bot balik ke HK.
Shuttle Bas 
Sampai Macau x perlu risau tentang transport. Keluar je jeti Macau, banyak shuttle bas betul2 tunggu kat luar. Pilih je nak naik bas apa. U oll akan rasa happy gila sampai macau sebab boleh naik bas secara percuma! i ulang percuma!!
Ni contoh bas free yg i naik tu.. warna pink untuk ke Parisian Macau, warna biru untuk ke The Venetian. senang kan.. pegi beratur je pastu boleh naik bas free. dah la cantik macau, boleh naik bas free lagi. Untung sapa yg pegi Macau. 

1) The Venetian macau
Fefeling macam dekat venice.   

* The venetian ni ialah casino yg bergabung sekali dgn mall & hotel. Siap ada sungai lagi dalam mall..Korang boleh bayang kan mcm mana besar gila The venetian. Acah-acah macam dekat Venice gittew. Mewah, cantik dan bersih gila sini ... sampai ke tandas pon I x habis teruja. Tandas dalam the venetian tema gold.
* Kalau datang sini, korang boleh try naik gondola. Tiket naik gondola ni i just beli dekat shopee. Harganya RM50. I beli kat shopee sbb i compare harga dgn Klook, dekat shopee murah sikit. Of course lah i pilih yg paling murah. Buatlah pilihan yg tepat dah berhemat 😂 Kalau beli kat shopee, nanti dea akan email voucher. Ada 2 kedai yg boleh redeem voucher tu. detail kedai untuk redemm voucher tu ada dinyatakan dalam voucher.Senang je nak redeem. Pegi kaunter then just tunjuk je voucher ni.
Ni voucher untuk naik gondola.

2) The Parisian Macau
* The Parisian ni bersebelahan je dengan The venetian. Kalau dari The Venetian, boleh jalan kaki dah sampai.
* Nak pegi Paris belum tentu lagi bila kan, boleh sampai sini dulu pun jadi lah. Harap2 next time ada rezeki pegi Paris. Aminn... doakan i yerr

3) Macau Fisherman Wharf
* Sapa peminat running man angkat tangan ??? Runningman penah shoot kat sini taw. Untuk ke sini i naik shuttle van ajer.. jimat kan pegi Macau. View kat sini ala2 dekat rome, italy.
Ni antara tempat- tempat menarik di Macau yang i x sempat nak pegi.
1) Senado Square
2) Macau Tower
3)Ruins of St Paul`s
4) Macau Science Centre
5) Muzium Macau


Osaka & Kyoto, Japan : Iternari 6hari 5malam

Day 1 (Tiba di Kansai International Airport)

tiba di Kansai International Airport dalam pukul 10.30 malam. Kami menginap di hotel berdekatan airport.

Day 2 (23/1/2018)

1) Jalan-jalan ke Rinku town/ Rinku premium outlet.


2) Dah puas pusing rinku town, kami naik train ke osaka. check in air bnb dan rehat. letih belum hilang lagi. malam baru keluar dan pusing2 Dontoburi.
Kat Dontoburi ni boleh beli takoyaki,, sedapp. kat sini ramaii gila manusia.

Dontoburi night view

            

Day 3 (USJ)

Seharian di Universal Studio Japan. tiket masuk ke USJ around RM260 (kami beli di kaunter) sebab xsure lagi nak masuk ke tak. tak rugi masuk sini. 

              
wizarding world of harry potter. best!!!

Day 4 (Biwako valley, Otsu)

- misi mencari salji di Biwako valley. harini perjalanan jauh sikit nak main salji. alang2 pegi masa winter, wajib merasa main salji. perjalanan lebih kurang 2 jam dari osaka. 
winter in japan 🇯🇵 

           

Day 5 (Kyoto)

1) Fushimi Inari Taisha
Fushimi Inari Taisha merupakan antara tempat suci yang terkenal di Jepun. tempat ni sering mendapat kunjungan kerana himpunan beribu kayu-kayu bewarna oren atau lebih dikenali sebagai tori di sepanjang jalan ke Gunung Inari. Selain dari pemandangan yg cantik, free untuk dilawati.


2) Gion
Kawasan terkenal di Kyoto dengan pelbagai kedai makanan, souvenirs dan tempat ideal untuk cari geisha!
Gion menarik perhatian pengunjung dengan keunikan banggunan yg diperbuat daripada kayu.

3) Arashiyama Bamboo Forest.
Ni nak cita sedih sikit... xsempat pi pun arashiyama sebab letih jalan kat gion,,, sobs2.. 

Day 6 (Osaka Castle)


Day 7 (Flight to KUL)


Sunday, 23 August 2020

Pengalaman Bersalin di Andorra

Pengalaman bersalin di Andorra Women & Child Hospital

13 jun 2020 adalah tarikh bersejarah dalam hidup aku, tarikh aku melahirkan seorang zuriat. Actually, tarikh ni ada appoinment dengan Dr. Rusina Hayati di Andorra Hospital. Jam 2.30pm aku gerak ke hospital untuk check-up 38 week. nak dijadikan cerita , masa check-up tu dr try seluk untuk check bukaan. masa tu aku xrasa apa2 tanda nak beranak. sekali dah 4cm.. Dr cakap lepasni terus jumpa kat labor room ya. Disebabkan dunia dilanda wabak Covid-19, aku kena buat test covid sebelum masuk labor room. husband pun kena sekali kalau nak teman masa bersalin. kami dengan redha sama2 buat swab covid-19. Cos untuk buat swab ni around rm700++. nanti aku akan buat total cost di next entry. lepas settle swab, terus nurse tolak ke labor room dengan xprepare apa2, beg hospital pun xbawa. menyesal pulak xdengar cakap kawan letak siap2 beg hospital dalam keta. menyesal dah xda guna.. huhu

Dalam pukul 5.40pm aku dah masuk LR. masa ni xrasa sakit lagi, boleh gelak2 dengan nurse. Dorang tanya nak ambil painkiller @ epidural tak.. aku cakap xnak.. ye la, belum rasa sakit kan 😂 bila dah sejam dalam lr, bukaan masih 4cm. jadi dr suruh nurse masukkan air. air apa ntah, lebih kurang mcm induce kot. air tu cucuk dekat tangan. Dr anggar masa untuk aku besalin dalam 6 jam lagi. lama lagi tuu... so, husband tanya kalau nak balik ambil barang kejap sempat tak.. dr cakap sempat... 6 jam lagi.. haha..so, husband bergegas balik ambil barang. masa tu dalam pukul 6.40pm. masa husband balik ambil barang kan, dan2 je sakit contraction tu datang.. makin lama makin sakit. terus whatsapp husband cepat2 datang sini balik.. dah sakit ni!! tengah sakit tu sempat lagi aku tanya nurse, dinner ada tak? dorang cakap ada, kejap lagi makanan sampai.. pukul 7.30 makanan sampai dalam lr. dan setengah jam sakit husband still xsampai- sampai lagi ni, nasib nurse datang melayan aku, pegang tangan dan bacakan doa nabi yunus . terharu pun ada time ni. lega sikit rasanya.dalam pukul 8.10pm baru la husband sampai lr. husband cakap dia solat maghrib dulu baru bergegas dtg kat aku.. so aku okay je nasib belum beranak lagi... kalau tidak setahun la merajuk.. 😆

ermm.. sedapnya, tapi aku x habiskan pun sebab menahan sakit contraction.
dinner kat LR sedap, tapi  xboleh habiskan sebab melayan contraction.

                                      

nurse dan husband baca surah yasin.

masa tengah sakit sangat nurse datang baca yasin. Rasa bahagia walaupun sakit, nurse sentiasa ada waktu aku memerlukan. buku yasin dan doa2 dah siap disediakan dalam lr. rasa tenang sangat. around jam 8.30pm bukaan dah 9cm, dr & nurse terus sibuk untuk preparation sambut baby. sikit lagi nak jumpa baby. yeayy 😍 bila contraction datang dr suruh push. ni first pengalaman bersalin, x pandai lagi nak push.. setengah jam jugak aq push push. mula2 tu push pendek, dr kata dah nampak kepala, tapi masuk balik.. aduhh stressnya. last sekali aq push sekuat hati dan push paling panjang, baby berjaya keluar. alhamdulillah legaaa rasanya. 9.06pm lahirlah seorang anak yang diberi nama Talhah Bin Syamim anas dengan berat 2.63kg. Lepas bersihkan baby, nurse bagi husband untuk tahnik dan azankan. kurma dan air zamzam dah disediakan oleh pihak hospital untuk tahnik. Doa2 yang berkaitan juga ditampal kat dinding, senang untuk husband rujuk. pukul 5.40pm masuk lr, 9.06pm baby keluar. So dalam 3 jam++ aku dalam labor. nasib x sampai 6 jam yer. Bukan senang nak kena kangkang lama2 . nasib semua perempuan dalam lr tu.. husband aku je lelaki. ni salah satu sebab aku nak sangat bersalin kat andorra. 

my room

dah settle semua kat labor room terus masuk wad. yeayy.. masa yg di tunggu2 nak rehat dalam bilik 😃 . aku lupa nak ambil gambar dalam bilik n toilet sebab badan dah lemah baru lepas beranak kan.. husband pula jenis kalau xsuruh xreti nak ambil gambar. malam tu aku xboleh tidur sebab terlalu happy.. detik yang aku tunggu selama ni untuk bergelar seorang ibu. dalam bilik ada netflix, boleh layan cita korea. semua kelengkapan dah tersedia dari A to Z. toiletries n tuala boleh bawa balik. baby dok kat nursery.. semua nurse yg urus baby dan maknya.

esok pagi nurse datang tanya nak mandi pukul berapa, aku cakap lepas breakfast baru nak mandi. breakfast aq xdapat pilih, maybe sbb masuk wad dah malam kan. menu yang sampai bubur ayam. x berapa kena dengan selera. masa breakfast boleh pilih siap2 menu untuk lunch. dah siap breakfast nurse datang untuk mandikan.. huhu, malu pun ada, tapi aq redha ja dimandikan.. hehe. lepas siap mandi dia sapu minyak panas kat badan. rasa selesa sangat. aku tunggu jugak ada orang datang urut ke tak.. xde pun.. aku pun lupa nak tanya. actually aku ada terbaca review ada nurse datang urut. pengalaman aku xder... lepas dah siap sapu minyak panas, dr baby datang melawat. then, nurse fisio pulak datang untuk ajar senaman kagel. lepas ajar senaman kagel, dia bawa pusing koridor 1round. masa ni jalan slow dan kepit2. dah setel dengan nurse fisio, dr Rusina (Dr yg sambut baby) datang melawat dan check jahitan. Lebih kurang jam 12.30pm makanan sampai... makanan nampak special dan sedap. 


lunch 🥗 🍴 

lepas lunch santai2 atas katil sambil update story kat instagram. 😉Nurse datang minta bedung dan baju baby. Kalau besalin kat andorra, xperlu bawa banyak baju. Baju baby pun guna masa nak balik je. dalam pukul 2.30pm husband settlekan payment. dalam pukul 3pm dah kemas barang2 untuk balik. sedihnyaaa... rasa xready lagi nak balik.. kalau nak tambah stay lagi 1malam boleh, tapi harga rm900++ xmampu lahaii.. baik beli tiket pi obersea kan.. herher...

dah siap nak balik rumah, 2orang nurse hantar sampai masuk kereta. sorang tolak wheelchair, sorang lagi jaga baby. barang letak kat troli yg macam hotel tu. husband boleh la melenggang kangkung gittew. last but not least, dapat goodies dari andorra. beg warna biru besar yang cantik yang sarat dengan freegift termasuklah pampers, mandian baby, wet tissue dan susu formula (frisolac) . Eh, hampir terlupa dapat fresh flower juga dari andorra, freash flower tu bertahan lebih seminggu x layu. 💕 .

freegift from andorra

that's all pengalaman terindah aku bersalin di Andorra. sekejap je masa berlalu. xpuas rasanya pengalaman sekejap kat sini. overall aku puas hati sangat dengan layanan kat sini. paling aq suka nurse2 dekat labor room. hopefully next time dapat bersalin sini lagi. doakan keluarga aku dimurahkan rezeki.








cara untuk cepatkan bukaan rahim dan elak overdue

Tips untuk cepatkan bukaan rahim dan elak dari overdue 

pengalaman mengandung kali pertama, rasa teruja sangat nak lahirkan baby. bila usia kandungan dah masuk 37week aku ternanti- nanti hari bahagia untuk bersalin. tahun 2020 ni, ramai pula kawan2 dan sepupu2 yang sama-sama mengandung. ada yang baby pkp 😆  yeay...banyak la geng anak aku nanti. bila ada kawan- kawan yg bersalin awal dari due date, terdetik perasaan cemburu dalam diri ni.. haha .. xsabar sangat tunggu masa nak bersalin. ada juga kawan2 aku yg overdue. seboleh - bolehnya aku xnak xnak overdue !!! so, untuk elakkan dari overdue, aku banyak cari tips-tips untuk cepatkan bukaan bersalin and sekaligus cara untuk senang baby keluar.. Alhamdulillah, aku selamat lahirkan bayi yang sempurna pada 13 jun 2020 (38week pregnancy) secara normal. Rezeki paling berharga pada tahun 2020. Ni antara amalan yg aku praktis menjelang 37weeks pregnancy  🤰:

1. Banyakkan berjalan 

- dari usia kandungan 35weeks lagi hari-hari aku tawaf dalam rumah. around 50 pusingan sehari aku tawaf. rasa sihat bila banyak berjalan.

2. Mencangkung

- bila kandungan dah 37 weeks aku banyak duduk mencangkung. time tengok tv, lipat baju pun aku mencangkung dalam 5min macamtu sampai suami pun tegur.. hehe.. aku cakap nak bagi senang beranak ni bie.

3. Bersama suami

- rajin2 lah bercinta dengan husband bila dah nak dekat due ye.. banyak manfaatnye. selain dapat mengeratkan silaturahim suami isteri, hubungan seks memang terbukti dapat cepatkan bukaan bersalin. Dr pun cakap seks dapat cepatkan tanda-tanda bersalin. lagipun, nanti kena pantang lama lepas bersalin. 

4. Makan makanan pedas

-makanan pedas ni dah memang sebati dengan diri aku . kalau aku masak wajib pedas. aku dapat tips ni dari video2 youtube omputey. most of youtuber omputey mesti bagi tips ni. memandangkan aku memang suka makan makanan pedas, so aku continue ja routine makan pedas macam biasa 👍 .

5. Exercise 

- disebabkan aku ni fulltime housewife, jadi aku ada banyak masa untuk exercise kat rumah. aq follow video dari youtube. 

6. Naik turun tangga

- walaupun aku duk apartmen, tips ni sekali ja aku buat. hari yang aku naik turun tangga, hari tu jugak aku beranak 😃 

lagi tips tapi aku x buat :

7. Merangsang puting payudara 

8. Makan nenas

9. Minum teh raspberry.

10. Senaman bola yoga - ni teringin nak buat tapi bola xdak. mungkin next pregnancy aq merap husband belikan 😂 .

Sunday, 16 February 2020

Check-up Kali Pertama di Andorra Woman & Child Hospital

Assalamualikum wbt...
Sebelum pregnan lagi i dah berkenan sangat dengan Andorra Hospital.. dari luaran lagi dah cantik. I selalu pi makan n shopping kat IOI City Putrajaya, so setiap kali nak pi IOI mesti akan lalu depan Andorra Hospital . Setiap kali nampak Andorra i rasa macam wahhh... Andorra Hospital, nak besalin sini lah. Awal2 lagi I memang berangan and pasang niat untuk bersalin di Andorra. Kalau Hospital swasta, Andorra paling dekat dengan rumah I. Lagipun I selalu terbaca review pasal Andorra Hospital. Banyak review yang bagus pasal hospital ni antaranya semua Dr dan staff perempuan, layanan 5star and Hospital sangat cantik ala2 english style.
Alhamdulillah pada Oktober 2019 , I disahkan mengandung !! perasaan terharu, happy, bersyukur , sedih dan excited semua ada. Almaklumlah, dah 2 tahun mendirikan rumah tangga.. konon awal2 kawin nak honeymoon puas2 dulu. Last2 jadi dua tahun honeymoon. So, utk pasangan yg baru mendirikan masjid i nasihatkan jangan pandai2 plan . Anak 1st ikut rezeki, risau nanti nak plan setaun, jadi bertahun2 baru ada rezeki anak. Bila dah lebih setahun x pregnan lagi biasalah ada pakcik n makcik bawang yg menyibuk.. abaikan je pakcik macik bawang tu.. kita sebagai hamba Allah perlu berdoa supaya Allah kurniakan rezeki.
Berbalik dengan tajuk, 2 minggu sebelum book tarikh appoinment, I call dulu hospital dan terus set date. Dalam pertanyan dalam phone, I difahamkan untuk dapatkan pakej bersalin di Andorra, perlu checkup at least 2x dan perlu buat pembayaran booking sebanyak RM 1,000. Boleh bayar 2x iaitu setiap checkup RM500 @ kalau mampu bayar je Rm1000. I pilih tarikh 10 Feb 2020 (hari isnin) utuk my 1st checkup. Masa tu kandungan I dalam 20 week 6 days. So dea akan tnya nak doktor mana?? I cuma kenal Dr khamsiah. So i cakap nak Dr Khamsiah. Why Dr Khamsiah?? sebab i pernah servey pengalaman org lain, ramai puji Dr Khamsiah, Wawa Zainal pun bersalin dengan Dr Khamsiah. Lagipun dea Founder Andorra Hospital. Selepas I cakap nak DR Khamsiah, dea cakap Dr Khamsiah cuma handle bersalin je, time checkup Dr lain. I pun cakap okay. and then dia bagitau klinik Dr Khamsiah paling ramai patient dan masa menunggu agak lama. So, I think wow famous nye Dr ni. I terus setuju.
Dua hari sebelum tarikh appoinment, pihak Andorra akan hantar mesej reminder. Sehari sebelum dia akan call lagi utk remind. Pada 10 Feb 2020, masa yg ditunggu- tunggu pun tiba... I punya semangat nak pegi checkup tu lain maciam... Almaklumlah anak 1st kan. Sampai je Andorra Hospital tu i rasa tenang dan teruja.. cantik sangat luar dan dalam.. seindah namanya, macam tu la keindahan hospital ni. Masuk je hospital i terus ke kaunter pendaftaran.. nak daftar kena bagi ic dan buku pink. Tapi kan... i xbawa buku pink... u ollz jangan jadi mcm i taw...hehehe. Ada satu form yg perlu diisi. Lepas dah settle semua, staff bawa naik tingkat 1. Suasana hospital sangat cantik. Ruang menunggu sangat selesa, surau pun ada disediakan. Memang terbaik lah Hospital nih.
Dah sampai aras 1, staff minta tunggu dulu. Lepas beberapa minit nama dipanggil utk check tekanan darah dan ujian air kencing. Dah settle semua kena tunggu utk dipanggil masuk ke bilik Dr. Boleh tahan lama jugak lah i tunggu nak jumpa Dr. dalam 1 jam gittew.. pukul 2.40 pm appoinment, pukul 3.40 pm baru dapat masuk bilik Dr. hahaha... nasib baik kerusi lembut selesa.. nak bersalin dengan Dr Khamsiah sangat kan.. hahaha
Bila nama dipanggil cepat je I bangun... x sabar nak tgok perkembangan baby. Seronoknya bila checkup dekat Hospital Swasta ni suami boleh sentiasa menemani disisi. Masa datang checkup ni I xtaw lagi Jantina baby. So bila Dr cakap nak scan , benda pertama I cakap dekat Dr, boleh tengok gender x? Dr cakap boleh, saya cuba. Bila Dr letak je scanner tu, cepat je masa berjalan.. Dr cakap Boy !! I tanya sekali lagi betul ke boy?? Dr cakap ye. Dalam hati Alhamdulillah.. bersyukur sangat. I terus panggil husband utk dtg record video. Dr cakap uri kat atas.
Sekejap je kat dalam bilik Dr tu.. sebab xpuas tengok baby kot.. hehe. Keluar dari bilik Dr, I terus ke kaunter di luar bilik Dr utk set next appoinment. I difahamkan, utk bersalin di Andorra, wajib buat detail scan. Detail scan boleh dibuat sama ada di Andorra @ mana klinik lain. Dorang pesan kalau nak buat Detail scan di klinik lain, perlu pastikan pakar scan tu betul2 bertauliah, jangan pegi yg ala kadar je. So, i decide utk buat kat luar je tengok mana2 klinik yg ada promosi.
Dah settle kat Aras1, pembayaran perlu di buat di kaunter pembayaran Aras G. Untuk 1st appoinment harga yg perlu dibayar sebanyakRM 332.75. I cakap dekat staff tu, saya nak bayar untuk book bersalin. Dea cakap lepas checkup yg kedua baru bayar RM 1,000 untuk booking bersalin. I rasa sedih sikit la sebab ingatkan nak terus book. tapi xpe lah... next checkup baru bayar booking. kiranya ni x official lagi lah kan untuk pakej bersalin di Andorra. kena dtg kali ke2 baru dapat booking.
Resit pembayaran
Detail harga.


Sebelum checkup di Andorra, i pegi check up bulanan dekat Klinik kesihatan aje .. free dan berpatutan.. hihi.. 2nd checkup di Andorra n book bersalin i akan story2 lagi okay.. stay tuned.

Restoran Makanan Halal di Seoul :)

Annyeong !
Untuk entry kali ni I nak share bab makan pula. Walaupun I peminat tegar K-Pop and hari2 tengok KDrama, tapi makanan korea ni I kurengg sikit lah. macam Dakgalbi, Dokebi tu I x layan ;P . Tapi kan... tapi tapiii ..... bila dah kat sana, selera I tetiba membuak buak !! Tekak ni terasa nikmat yaamat makan kimchi. Lepastu siap minta tambah lagi ! Ayam goreng deaaa boleh kata tiap2 hari makan. Keluar ja dari hotel mesti singgah kedai beli susu pishangg yg femes tuh.

Antara Restoran Halal di Seoul :

1. Restoran Kampungku

  • Myeongdong station, Exit 3. Keluar dari exit 3, cari Pacific Hotel. Ada dua laluan dari Pacific Hotel. Ambil laluan kiri untuk ke Restoran Kampungku. Laluan ke kanan pula untuk naik cable car ke Namsan Tower.
  • Owner dea orang Malaysia.
  • Menu makanan Malaysia dan makanan Korea. Kalau dah sampai korea mesti la aq oder makanan Korea :) .

This image has an empty alt attribute; its file name is photo0jpg.jpg

2. Busan Jib

  • Myeongdong Station, Exit 6. di mana Uniqlo di sebelah kanan (opposite Nature Republic) then just go straight sampai jumpa Apple Frisbee. Masuk Lorong kanan sebelum Apple Frisbee.
  • Menu makanan korea especially seafood. Ikan bakaq pun adaa.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20161001_211553-455x310-2.jpg

3. Yang Good Korean BBQ

  • Yeoksam station, Exit 3.
  • Sapa suka makan daging baik ngaku cepat ! ni tempatnya... Fefeling macam cita korea.. lepak2 makan daging BBQ.

This image has an empty alt attribute; its file name is img-4286-2.jpg
terbaik bak hang !

4. Myeongdong Street Food

  • Myeongdong Station, Exit 6. Sepanjang jalan tu Myeongdong market .
  • Pi waktu malam meriah. sambil cuci mata , shopping boleh makan street food. Banyak gerai jual makanan letak tanda halal. Seafood & strawberry ja I brani makan. Yang berdaging I x berani makan.

5. Asian Cuisine

  • Restoran Asian cuisine ni terletak di Nami Island.
  • Menu makanan asia. Nasi goreng ada, nasi daging ada, makanan korea pun ada. Rate mahal sikit sebab dalam pulau.
  • Level atas banggunan restoran ni ada Surau. Surau bersih dan selesa ! Senangnya travel ke Korea. :)

This image has an empty alt attribute; its file name is img-4313-1.jpg
Jalan menuju ke Restoran Asian Cuisine.


6. Itaewon

**Banyak restoran halal di Itaewon. Antaranya :
  • Mr. Kebab
  • Eid Halal
  • Siti Sarah
  • Makan Halal
  • dan banyak lagi sepanjang jalan nak ke seoul centre mosque.



Insta-worthy spot di Perlis

1) Ladang bunga matahari, Taman Ular dan Reptilia Perlis        2) Kangar Street Art   3) Matrik Arau 4) Warung Tepi Sawah, Bintong 2019 202...